Wednesday, January 21, 2009

Kejohanan Badminton MSSD 2009



Seramai 20 orang pelajar SAMBT menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan yang diadakan dari 21 hingga 23 Januari 2009 amat dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar SAMBT. Kejohanan telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pada hari pertama kejohanan perseorangan, hari kedua kejohanan bergu dan hari ketiga kategori separuh akhir dan akhir. Seramai 8 orang peserta telah dihantar pada hari ini 4 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan yang masing-masing menyertai perseorangan lelaki dan perempuan bawah 15 dan bawah 18 tahun. Alhamdulillah seramai 2 orang peserta SAMBT berjaya ke suku akhir. Namun seorang iaitu peserta lelaki bawah 15, Mohammad Azreen sahaja berjaya ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada Jumaat 23 Januari 2009. Mohd Azreen b. Haron berjaya memperolehi tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment