Bagan Terap, 4 Mac - Latihan untuk Ihtifal Amal Islami peringkat sekolah telah dimulakan seawal 25/2/2009 kepada tarikh pertandingan yang telah ditetapkan. Empat firqah akan beradu bakat dan kebolehan masing-masing bagi merangkul tempat pertama dan seterusnya memegang gelaran Johan Keseluruhan bagi Ihtifal Amal Islami 2009.
Sebagaimana maklum Ihtifal Amal Islami itu akan dibahagikan mengikut acara. Oleh kerana penyertaan tahun ini agak ramai maka pihak sekolah terpaksa memperuntukkan tiga hari bagi mengadakan aktiviti ini seperti yang tercatat di bawah ini :
Sebagaimana maklum Ihtifal Amal Islami itu akan dibahagikan mengikut acara. Oleh kerana penyertaan tahun ini agak ramai maka pihak sekolah terpaksa memperuntukkan tiga hari bagi mengadakan aktiviti ini seperti yang tercatat di bawah ini :
Rabu, 11/3/2009, 3.00 pm - Acara Syarahan B. Melayu, B. Inggeris, B. Arab, Khat & Khutbah Rabu 25/3/2009, 3.00 pm - Acara Tajhiz Jenazah, Hafazan & Tilawah Al-Quran
Sabtu 4/4/2009 8.30 am - Majlis Penutup : Acara Rawi Marhaban & Nasyid
Segala persediaan pelajar berjalan dengan lancar di bawah seliaan Ust. Mohd Salehuddin selaku nadi utama bagi Amal Islami pada tahun ini. Kesungguhan beliau teserlah dengan penglibatan ramai pelajar yang begitu tekun mengadakan sesi latihan pada setiap petang.
Partisipasi dalam aktiviti seumpama ini dilihat amat berkesan selain membentuk juga mendidik pelajar dalam menghadapi masyarakat kelak. Ini kerana aktiviti seperti Tajhiz Jenazah, Tilawah, Hafazan, Syarahan, Khat, Rawi Marhaban, Nasyid dan lain-lain mampu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar. Adalah diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment