Bagan Terap, 13 April - Bidang Bahasa dengan kerjasama Unit Ko-Kurikulum akan meneruskan aktivitinya bersempena bulan April sebagai bulan bahasa. Pada minggu ini, 13/4/2009 - 17/4/2009 adalah minggu Bahasa Inggeris. Guru yang diamanahkan adalah Pn. Hartini selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang dirancang adalah Spelling, Public Speaking, Treasure Hunt dan Word Puzzle.
Tujuan diadakan aktiviti tersebut adalah untuk menarik minat pelajar meminati subjek bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kehidupan. Ini adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara yang paling kerap digunakan dalam sesuatu urusan baik dalam negara mahupun di luar. Tambahan pula penguasaan bahasa selain bahasa ibunda memberi satu kelebihan kerana penguasaan bahasa yang baik bermakna komitmen dan kecenderungan untuk melakukan sesuatu pekerjaan lebih efisien dan komparitif.
Semoga usaha ini dapat diterjemahkan oleh pelajar dan segala inisiatif guru mendapat keberkatan dan berhasil dalam memupuk pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment