VISI
Kokurikulum SAMBT Cemerlang 2012
MISI
Kami warga SAMBT akan memastikan ;
1. Akademik & Ko-kurikulum sentiasa cemerlang.
2. Pelajar berkualiti dan berakhlak mulia.
3. Persekitaran kondusif dan selamat.
4. Pengurusan sekolah cekap, berkesan dan telus.
5. Kerjasama sekolah dan komuniti erat.
6. Memastikan Program dan Jadual tahunan aktiviti kokurikulum dipatuhi
7. Berusaha melahirkan pelajar yang berbakat di dalam bidang kokurikulum.
8. Membentuk sikap kepimpinan dan disiplin dikalangan pelajar
9. Memastikan pencapaian "Fokus Kecemerlangan Kokurikulum".
MATLAMAT
Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membantu sekolah tanpa kegagalan.
OBJEKTIF
1. Menyeimbangkan diantara emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum.
3. Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.
4. Menjadikan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SAMBT dengan penuh tekad dan iltizam berikrar bersedia memberi perkhidmatan yang mesra dan adil kepada semua pelanggan kami seperti berikut :
1. Perkhidmatan pendidikan berkualiti dan cemerlang
2. Membina dan meningkatkan budaya ilmu cemerlang dalam Kurikulum & Ko-Kurikulum.
3. Melahirkan pelajar cemerlang, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertakwa.
4. Memupuk semangat kerjasama, bertanggungjawab tinggi di kalangan guru &
kakitangan sokongan terhadap tugas kerja yang diamanahkan.
5. Meningkatkan budaya bermuafakat & penglibatan PIBG secara berterusan dalam
mencapai kecemerlangan pendidikan.
6. Mewujudkan prasarana dan kemudahan yang kondusif, ceria, indah & selamat.
No comments:
Post a Comment