Wednesday, December 16, 2009

Lawatan Sambil Belajar Rakan Muda ke Kuala Lumpur



Kuala Lumpur, 16 Dis. - Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dengan usaha sama pelajar-pelajar yang diketuai oleh Safiraroza dari tingkatan 3 Hikmah.

Program bermula dengan lawatan ke Petrosains. Selepas itu ke Jambatan KLCC dan seterusnya ke Menara KL. Kemudian pelajar-pelajar dibawa pula ke Tugu Negara dan ke Masjid Wilayah. Destinasi terakhir adalah di Tesco Kuala Selangor.

Destinasi lawatan agak terhad kerana kekangan masa. Pun begitu pelajar-pelajar dapat juga merasai pengalaman yang menarik sepanjang lawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment