Saturday, January 30, 2010

Kadet Bomba & Penyelamat

LOGO KADET BOMBA & PENYELAMAT




Bahagian atas logo JBPM, terdapt bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.

Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.

Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.

BENDERA KADET BOMBA & PENYELAMAT




Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.

Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.


LAGU KADET BOMBA & PENYELAMAT


SIAP SEDIA SETIAP MASA



Kami anggota bomba
Di seluruh negara
Bersiap dan sedia
Di setiap masa


Mengawal Kebakaran
Di kota dan di desa
Menyelamat nyawa
Dan juga harta benda


Rukun negara kami junjung bersama
Penuh setia dengan semangat waja
Dari Perlis hinggalah ke Sabah
Mendukung etika bekerja


Kepada rakyat semua
Marilah bekerjasama
Untuk menghindarkan
Segala malapetaka


Demi kesejahteraan
Kita Bersama
Barulah kita hidup
Aman damai selamanya

No comments:

Post a Comment