Saturday, January 30, 2010

Kadet Remaja Sekolah (KRS)

LOGO KADET REMAJA SEKOLAH




Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH




Warna Hijau melambangkan remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.


LAGU KADET REMAJA SEKOLAH


Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal


Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan


Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta


Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah



No comments:

Post a Comment