Sabak Bernam, 11 April - Beberapa acara telah dipertandingkan sempena Pertandingan Ko-Akademik Peringkat Daerah Sabak Bernam 2009. Peserta-peserta dari SAMBT tidak ketinggalan menyertai pertandingan yang melibatkan acara seperti Bahasa Bahasa Melayu (6 April 2009), Coral Speaking (7 April 2009), Pidato (9 April 2009) dan Pantun (13-14 April 2009).
Acara-acara yang diadakan adalah lebih berfokus kepada akademik dan bertemakan kepada pengisian bagi bidang bahasa yang sememangnya bersesuaian bulan April sebagai Bulan Bahasa.
Bagi acara Bahas Bahasa Melayu di bawah tunjuk ajar Pn. Afzan, peserta kita mendapat tempat kelima. Manakala acara Pidato yang diselia oleh Pn. Siti Khainorliza, peserta sekolah SAMBT hanya dikategorikan antara "top ten" daerah Sabak Bernam. Acara Coral Speaking yang buat pertama kali kita menyertai di bawah bimbingan Pn. Hartini dan Pn. Afzan mendapat terakhir.
Pun begitu, ia merupakan pengalaman yang amat berharga bagi guru-guru dan peserta. Insyaallah di masa akan datang akan dipertingkatkan lagi dan mencipta kecemerlangan yang lebih terjamin. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Tingkatkan lagi prestasi anda di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment