Saturday, April 11, 2009

Ria Ceria Kelas 2009

Bagan Terap, 8 April - Bidang Bahasa dan Unit Ko-Kurikulum bekerjasama menganjurkan beberapa aktiviti seperti Pertandingan Pantun, Syarahan, Ria Ceria Kelas dan Peribahasa telah direncanakan bersempena bulan Bahasa yang telah dilancarkan pada 6 April lalu. Rentetan daripada itu aktiviti yang pertama telah dilancarkan pada hari Rabu, 8 April 2009 pada jam 3.15 petang. Aktiviti yang dimaksudkan itu ialah Ria Ceria Kelas.

Semua pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Setiap pelajar diberi kertas berwarna dan dikehendaki menulis peribahasa-peribahasa tertentu yang difikirkan sesuai serta menarik untuk ditampal di kelas masing-masing.

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menyuntik semangat cintakan bahasa Ibunda kita di samping mengasak kreativiti dan kecenderungan para pelajar terhadap subjek bahasa Melayu terutamanya.

Karya yang paling menarik, kreatif dan ceria akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Aktiviti yang menguji kreativiti pelajar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua guru tingkatan yang terlibat kerana berjaya memantau aktiviti tersebut.

No comments:

Post a Comment