Monday, April 13, 2009

Perasmian Penutup Ihtifal Amal Islami 2009

Bagan Terap, 12 April - Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Amal Islami 2009 telah berjaya disempurnakan pada 11 April 2009 pada jam 12.15 pm. Acara tahunan yang berakhir lebih kurang jam 1.00 pm itu telah dirasmikan oleh En. Sapuan b. Sartu, Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam, Bahagian Pendidikan, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas kesudian beliau merasmikan majlis tersebut.



Majlis itu juga meraikan penyampaian hadiah kepada semua pemenang setelah beberapa siri yang berlangung pada 25/3/2009, 1/4/2009 dan penutup 11/4/2009. Ust. Salehuddin selaku Penyelaras amal Islami adalah nadi penggerak bagi majlis pada hari tersebut. Majlis yang bermula pada jam 9.00 am dimulai dengan acara Rawi Marhaban dan disusuli pula dengan acara nasyid. Semua pelajar dan peserta terbabit memberi sokongan padu ketika berlangsungnya majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua.



Tidak ketinggalan juga setinggi penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam persiapan majlis tersebut. Jasamu amat dihargai dan dikenang sepanjang zaman.

1 comment:

  1. program yang menarik.tahun depan wt lagi.
    Tahniah kepada semua warga SAMBT kerana dapat menjayakan sambutan Ihtifal Amal Islami dengan Cemerlang.Moga SAMBT adalah sekolah yang terbaik di antara sekolah -sekolah lain.. amin..

    ReplyDelete